Pengalaman Pertama Memangkah XxX

Bulan...Dacing...Roket...Biru...Hijau..Merah..

Menarik dan penuh kontroversi PRU13 kali ini. Masih lagi panas walau sudah 5 hari sudah berlalu.
Banyak isu yang dibangkitkan, dari isu dakwat kekal, perkauman sehinggalah BLACKOUT..

Blank

Ehsan Uncle Google 

5 Mei merupakan hari bersejarah dalam hidup Cik Runaway, sebab merupakan kali pertama mengundi.
Nasib baik pusat mengundi sebelah rumah je, so xpayah la bersusah payah beratur panjang dan menempuh jammed.

Yup, macam yang dikatakan di atas, kalO tgk kat home FB tu masih ramai lagi yang kecoh pasal PRU aritu. Banyak yang xpuas hati dari bersOrak. Hurm...yela, Cik Runaway nie xlah penyokong tegar mana-mana parti tapi amik peduli jugak la hal politik nie sebab SAYA ANAK MALAYSIA. So do u who are Malaysian. Kene amik tau, walau menyampah la tengok orang jadi xwaras, mengelabah xtentu arah dengan menulis kata-kata yang bakal dipersoalkan di akhirat kelak. Tu xtambah dengan wall share yang tak tahu bukti kebenarannya lagi. Lepastu salahkan la teknologi sebab penyebaran fitnah..

Ehek..ehek..korang ingat lagi tak kalO dulu time sekolah ade esei/karangan peranan teknologi internet, nyatakan kebaikan dan keburukannya...ahahahaha..tetibe merapu pulak.


Peranan internet memang penting, tapi bagi yang xberada pada situasi yang berlaku tu jangan la menimbulkan propaganda atau lebih senang cakap keraguan orang yang membaca info yang di share sehingga menimbulkan fitnah. Kalo tak ada bukti yang sah, jangan la korang caption ayat sendiri nak share bende yang tak tahu kesahihannya. Bukannya nak dilabelkan bajet baik, kalO yang anti dacing akan cakap, kita kene bangkit, UBAH , yang pro-dacing pulak kita kene kekalkan keamanan, kerajaan dah bagai macam2 lagi la,huh... macam-macam beb~ Tapi berpolitik la secara sederhana. Jangan taksub sangat dengan mana-mana individu atau parti. Sedangkan dalam beribadah pown kene bersederhana, nie kan pulak berpolitik.

Perhimpunan 8 Mei menunjukkan rakyat Malaysia ramai yang celik mata terhadap politik. Ramai yang hadir menunjukkan bantahan isu ketidaktelusan undi dan protes terhadap kemenangan dacing. Masing-masing ada hak untuk memilih pemimpin dan menyuarakan pendapat , yang penting jangan sampai menimbulkan kekecohan dan perkara yang tak diingini, sendiri nilai la yang mana baik buruk. Kita tak boleh paksa orang ikut fahaman kita kalO tuan punya badan xmau..ok. Ada akai guna, tu yang beza tinggi darjat manusia Allah bagi berbanding bende lain. Think. And always refer to Al-Quran n Hadis.

Yang tak pergi tu banyak yang protes dalam laman sosial je..yang memuji, yang mengeji, huh..dah macam pengulas sukan memasing menaip komen. Cik Runaway xsekental tu la nak ulas, sebab ilmu cetek dan perlu dampingi orang yang lebih berilmu nak komen nie. Nanti kene caras dengan sesiape bleh la hujah tanpa fullstop!  Cakap macam tin kosong pown xguna~auww..

Oh...chillex, memang kalO nak ulas isu politik ni memang boleh buat buku. Nak tunjukkan bukti pown Cik Runaway xbrani nak sesuka-suki nak share sebab hujung pangkal tak tahu cerita. Dan xsemua boleh ditulis kat blog nie, banyak analisa dan temuramah yang perlu dibuat kalO nak share cerite nie. Bukti kalo dah kat tangan baru lah boleh tiup vuvuzela kuat-kuat...PriTTTTTTtT!nie tiup wisel la!
Kalo x tangan nie la jadi bukti kat akhirat sok ok..sape yang nak tanggung? Of course la tuan punya milik tangan (sambil tangan di bahu mata juling tengah ok)..

So nie lah pengalaman pertama mengundi dan pandangan peribadi dari Cik Runaway..tak menarik macam blog Papagomo atau Uncle Anwar yang populer tu yea, tapi cukuplah sekadar bingkisan dan renungan buat diri yang kerdil nie dan  bagi  sedara sedari yang tersinggah kat blog nie.

Sebelum tu meh mari kita hayati ayat 16 Surah At-Taghabun


                              " Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya) dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. "

Nak fahami lebih lanjut ayat tersebut . Meh klik disini

Refleksi dan muhasabah diri. Wallahu a’lam bish-shawabi

Comments

Popular Posts