Minat Terpendam

Assalamualaikumm..

Lama tak menjengah ke blog nie. Banyak nak cerita tapi jari ni malas nak menaip laju-laju. Harini nak  cerita pasal minat yg dah lama terpendam , Cik Runaway sekarang tengah eksited dengan aktiviti hiking nie!!!Hew..hew... Selain berlari riang , aktiviti hiking nie dah jadi macam SYOK je join...hehehe

Kalo tengok page2 blogger lain pon , rmai yg dah share experienced diorang daki gunung sane sini, merentas negara2 lain berbackpack dan banyak lagi aktiviti outdoor yang semakin mendapat tempat di hati orang muda mahupown vateren.

Kalo pasal berlari tu, rasenyer ramai yang join untuk suka-suka mahupown misi menguruskan badan , berdiet seimbang mahupown passion berlari mcm sey jugak . Cik Runaway kalo diikutkan memang dari zaman kecik main lari-lari ni..biasalah budak kampung kan. Ligat je kecik-kecik dulu, dalam rumah pown nak berlari..cuma belum pernah lari dari rumah je...hehehe

Dari berlari, minat pulak tengok orang panjat gunung. Mase kecik dulu , memang feberet panjat-panjat nie, terutama panjat  pokok .Sekeliling rumah Cik Runaway memang banyak pokok tumbuh,ade pokok mangga epal, jambu air, belimbing besi, pokok petai , derian dan kelapa.Fuhhhh..macam kebun la kat rumah tu. Nak dijadikan kisah, mungkin sebagai kenangan sampai akhir hayat, parut kat dagu nie bukti betapa ligat nyer dulu mase kecik2..sampai terjatuh kat akar pokok rambutan..huahaha...nasib baik la hamba nie pendek, so orang xperasaan sangat. Tapi kalo tgkap gmbar tu sure perasan la...berparut dagu!! Memang fofular kejap kat kampung tu.....


Crite balik pasal panjat pokok,maso kocik sey panjat pokok potai yo...hehehe. Pokok petai kat belakang rumah tu ade dalam tinggi banggunan 3 tingkat(kot)... memang spot terbaik nak bace buku atau merajuk jap..kihkih. Bukan senang jugak nak naik, sebab kne pakai tangga patutnyer.. Ade teknik nak panjat pokok petai nie kalo xde tangga...iaitu panjat dulu pokok rambutan, sampai la jumpa dahan yg boleh berpaut ke dahan pokok petai. Bila time petai berbuah lebat dengan mata yang tebal n cantik, Cik Runaway balik sekolah terus kait petai tu hokeyyy.Feberettttt..siap panjat lagi kalau pakai galah xsanpai..Sejenis kegigihan disebabkan makanan feberett.  Masa dulu over berani..rileks je naik turun pokok petai tu. Siap bawak buku n makanan lagi.

Mungkin sebb keberanian dr kecik tu, asbab suka nau aktiviti outdoor ni termasuklah hiking. Nak tau bukit@gunung mana yang Cik Runaway pestime panjat?? Tunggu..dah ponek la nak mikirrr..kikkki.

P/s: Entry ni ditulis pd 2014 dalam draft.baru nk publish..adoyaiii

Comments

Popular Posts