The Power of Dream

"Every great dream begins with a dreamer"



Assalamualaikum..Moshi-moshi..

Percaya atau tidak, setiap yang kita impikan bermula dari angan-angan atau daydreaming.
Yup...bermula dari angan-angan atau mimpi kosong, ianya bertukar menjadi realiti.
Mengikut perkhabaran inChe GOOGLE angan-angan ni merupakan khayalan atau gambaran dalam fikiran.
Ia leybih kurang macam impian korang la kan...eh silap, macam angan-angan me la..hehehe
Macam menulis dalam blog, memiliki karier yang satisfied your life dan dapat ape yang korang inginkan.

Phew....bukan semua yang kite impikan muncul dengan mudah macam watak  Sabrina The Teenage Witch atau mane-mane crite kartun yang hanya dengan petik jari atau halakan magic stick akan muncul apa yang dikehendaki depan mata. HellO..be realistic.

Selalunya orang yang mempunyai impian akan mencuba segala kudrat mereka untuk menjadikannya realiti.
So true...angan-angan atau impiana ini akan menghasilkan aura positif yang mampu membangkitkan satu perasaan atau azam untuk berusaha bersunguh-sungguh.

 Kita merupakan apa yang kita fikirkan = You are what you think.

Cara kita berfikir menentukan apa yang kita alami. Macam yang sedang saya alami sekarang. Kehidupan yang lebih tenang dan teratur dengan hanya berangan-angan di dalam tandas waktu basuh baju dan sebelum tidur...Ngeh..ngeh...

Oh..tidak..jangan lupa, semua yang kita impikan WAJIB disandarkan kerana ALLAH s.w.t. Segala kebaikan yang kita inginkan, berdoalah kepada-Nya..bukan hanya angan-angan kosong erk...
Minta petunjuk dari-Nya, Insha Allah...Allah akan tunjukkan jalan. Jangan sombong berkongsi perasaan korang dengan Allah, sebab SURE punyerlah DIA akan tunjukkan jalan kat korang kadangkala tanpa kita sedari korang dh dapat ape yang korang angankan tu...dan jangan lupa bersyukur kepada-Nya.

So start dream, wish it and do it! All d best~




Comments

Popular Posts