SCFR 2013 Lari Lari Beramai-ramai

26 Mei 2013, selepas subuh yang dingin...kelihatan seorang minah rider berkasut purple, berjaket hitam merentas highway PLUS dengan kelajuan 120km/j....destinasinya, Dataran Gemilang, Putrajaya.

Pergh.....semangat berlari punya pasal , Cik Runaway sanggup tu naik motor pepagi ke Putrajaya  sebab flag off pkul 715am. Hari sebelumnya dh training kat KBS, so kne la buktikan kemampuan membakar lemak dengan berlari 8km.

Alkisahnya, pagi Ahad tu lepas subuh, trus pecut laju sebab jam mase tu dah pkul 6am..kalO ikut enChik Google map, perjalanan dr rumah akak cik Runaway ke Putrajaya almost 1 hour...sO dengan kuasa Yamaha...ku press mOtor selajunyer..aCewah...mOto 110cc je, bleh bawak sampai 130km/h je...xkuasa mak nak modified bagi laju ~sambil tangan ni bahu.

Disebabkan Putrajaya tu wilayah yang asing bagi Cik Runaway, maka dalam perjalanan tu memg bertawakal je la...minta Allah permudahkan urusan. Yelah, jejak kaki ke Putrjaya tu masa ikut rombongan sekolah, then kali terakhir mase amek exam PTD, lepastu melopong je tgk tv event yang buat kat sane. Hehehe..xkuasa la nak poie sane xdo tujuan , buat habes minyak yo kato jiran den...ha...ha

Dah sampai Putrajaya, tercari-cari la Presint 7 sebab dalam web tu suggest park kat sane and naik bus yang disediakan. Disebabkan mase tu tengah cuak bercampur panic menjadikannya cunic..aGagaga..maka carik la jugak kat mane kawasan park n ride . Al kelurusan nyer Cik Runaway nie, maka tiada batang hidung mahupown stokin masam participant SCFR yang dijumpai..so dengan dengan hati yang berdebar-debar Cik Runaway pown bertanya la inChi guard kOt yg jaga kawasan tu, then depa bagi la suggestion jalan mana.
Haish..dh nama pown pompuan, dengan emosi yg cemas mcm nak lari Olimpik je kan, maka main hentam sajalah bawak motor tu. Ikut je la signboard n more kepada instinct yg bercelaru tu.



Nak dijadikan crite,ternampak la kawasan yg ada expo Karnival Belia tu, n nampak pulak org pakai bib and sport attire, so Cik Runaway pown carik la parking nak follow depa. Time kat tempat parking tu, tErjumpa pulak dengan  foreigner JePoon nie, rase mcm die pown nak lari.So dengan confident ikot la die sambil borak-borak macam ayam n itik..yelah , that guy x brape fasih n faham sgt English, so guna bahasa isyarat je la...


Huh..punyalah berjalan ke tempat event tu, tanpa ragu-ragu , pergilah carik registration counter  then tanya ..bla..bla..Mase tu xprasan yg tertera adalah Ekiden Run..patotlah mamat Jepon tu ade sebut Ekiden, dia koba ekiden means running dlm bahasa Jepon...dh la logo event tu pown leybih kurg sama dgn SCFR, seb baek tgk sekeliling,n rata-rata budak2 skolah n org jepOn yo..Cik Runaway tanyo balik kaunter, dia pown tak tahu SCFR tu kek mano.

Mase tu dh resah , lagi 10 minit je flag-off, dlm "cunic" tu, sempat la tanya direction ke Dataran Gemilang kat sorg abg nie, dia kan pkai tag Media..so bajet mesti tau nye Putrajaya nie.Sekali die pown ingat nie event SCFR..ces, rupanya anda tidak keseorangan wahai Cik Runaway..ngeh3..ade jugak org yg sosek mcm saya yea(^_^)..oh , kasihan disitu~


Nak dipendekkan cerita, sebab rasenyer dh boleh buat cerpen pendek cerite nie..ahaks, so alhamdulillah, Cik Runaway berjaya sampai ke Dataran Gemilang walaupon acara 8KM dh flag-off, sempat la kejar balik peserta lain sebab ada lagi peserta yg datang lambat time tu..so lari dgn diorang la kan. Walaupown bagi pandangan kaca mata atau contact lens org lain, buat ponek yo pagi-pagi bangun +sesat = penat berlari, tetapi cubalah anda diluar sane terjebak dengan aktiviti sihat nie, sure akan in lOve punye(bgantung kepada semangat n tahap lemak dibadan kan) hehehe..sebab berlari nie bukan hanya untuk menang tapi aktiviti nie beri inspiration untuk kita lakukan sesuatu sampai habis. Winning isn't everything, but it is how you finish it.

Jom berlari. 10 000 langkah setiap hari untuk mendapatkan jantung yang sihat. Banyak event2 larian n marathon sepanjang tahun kat Malaysia or oversea  , jadikan ia gaya hidup anda. Cewah~Sampai disini sahaja..nanti Cik Runaway akan cite macam mane boleh terjebak dengan acara larian nie...

p/s: Agak2 lepas nie Cik Runaway nak tulis cerpen la .. muahaha...panjang sgt entry nie yea. Semua nak di crite. Kene blajar ringkaskan crite nie..






Comments

Popular Posts